Thursday, March 23, 2017

PROJEK PEMBINAAN SURAU BARU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Memandangkan warga SUBEST sudah menjangkau hampir 2500 orang, ruang solat di Surau Al-Abqary sudah tidak dapat menampung jemaah yang melimpah ruah dalam satu-satu masa. Di tambah pula, kelas  PdPc di SMK Subang Bestari tidak mencukupi untuk pembelajaran harian. 

Justeru satu projek pembinaan surau baru dilancarkan. Surau baru ini dijadualkan dibina pada tahun ini, namun begitu kami masih belum mempunyai sumber kewangan yang cukup. Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kewangan seikhlas mungkin bagi menjayakan pembinaan surau ini. Semoga pembinaan surau ini dapat menegakkan lagi semangat kecintaan kita terhadap agama Islam, menjaga kerukunan solat serta wardah untuk kita memperolehi pahala yang berlipat ganda dari Allah Taala. Insya Allah. Sekiranya ada kelapangan rezeki dari Allah , silalah salurkan dana anda ke Akauan Bank Islam 12298010003892 SMK Subang Bestari.



Pelan Pembinaan Surau Baru SMK Subang Bestari

Pelan Pembinaan Surau Baru SMK Subang Bestari

Pelan Pembinaan Surau Baru SMK Subang Bestari

Pelan Pembinaan Surau Baru SMK Subang Bestari







BUBUR ASSYURA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.

Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Panitia Pendidikan Agama Islam turut tidak melepaskan peluang memperkenalkan bubur Assyura kepada warganya. Kerja-kerja memasak bubur assyura ini dilakukan secara bergotong -royong dan diketua sepenuhnya oleh Head Chef yang dilantik iaitu Puan Jamilah Daud bagi Assyura Versi Kelantan. Puan Siti Zalzahila dan ibunya mewakili bubur Assyura versi Utara manakalan Puan Raayah mengetuai Assyura versi Sarawak.  Bubur kemudiannya diagihkan sama banyak kepada semua.


Kerja-kerja memasak dimulakan seawal 8.00 pagi. Kerja-kerja memasak Bubur Assyura ini pastinya akan menjadi kenangan buat semua warga SUBEST. 







SOLAT DHUHA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Hidupku Solatku Matiku  hanya kerana ALLAH TAALA. Bagi menyemarakkan rasa kecintaan kepada Allah Taala, panitia Pendidikan Agama Islam turut memperkenalkan aktiviti Solat Sunat Dhuha setiap pagi Jumaat yang dilakukan secara berjemaah.

Keutamaan Sholat Dhuha sendiri ialah untuk memperlancarkan, melapangkan dan mempermudahkan suatu rezeki anda, Menghapus dosa – dosa, mendapatkan pahala sholat sunnah dan masih banyak lagi. 


Tetapi Manfaat Sholat Dhuha yang paling besar ialah untuk mempermudahkan Rezeki kerana  menurut sabda Nabi Muhammad Saw yg berbunyi, " Sholat Dhuha dapat mendatangkan suatu rezeki dan menolak kekafiran, dan tidak ada yang akan memelihara Sholat Dhuha melainkan orang-orang yang bertaubat ”.

Semoga Warga SMK Subang Bestari akan diampunkan segala dosa mereka dan sentiasa tergolong dalam golongan yang Istiqamah. Amin Allah Humma Amin





Saturday, May 14, 2016

VANDALISME

Vandalisme merupakan perbuatan yang merosakkan segala harta benda awam. Pada tahun ini, guru-guru telah mengadakan satu gotong royong bagi membanteras perbuatan vandalisme menconteng rehal mengaji Surau Al Abqari. Meluahkan perasaan dengan menconteng dan merosakkan rehal adalah satu perbuatan yang salah. Semoga rakan SUBEST akan lebih prihatin dan mengambil ikhtibar daripada paparan ini. Jangan mudah terjebak dengan vandalisme. 

SAYANGI HARTA BENDA KITA


Cikgu Rozaidi sudah hampir keletihan namun masih tersenyum

Turut menyumbangkan tenaga ialah Cikgu Hafiz

Ustaz Rsomin, Ustaz Hazlan dan Cikgu Zamri antara yang membantu mengecat 

Ustazah Suaibah menyapu sampah di surau. Ha...siapa yang buat sampah tu?

Cikgu Alex walaupun berlainan agama, namun tetap memberi sumbangan tenaga. Terbaiklah cikgu!!

Cikgu Fatin menggunakan kertas pasir untuk membersihkan dan melicinkan permukaan rehal.

Ustaz Rosmin mengecat rehal dengan warna hitam supaya mengelakkan murid untuk membuat vandalisme lagi.


Jadi ingatlah kawan-kawan, jangan mudah menconteng rehal atau meja atau apa saja dengan mudah. Hargai orang lain  yang akan  menggunakan kemudahan yang sama. Kita satu sekolah. mesti hormat menghormati.





PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN

Ustaz Hazlan menunjukkan cara menentukan urat yang perlu dipotong kepada murid
Murid Perempuan SUBEST kyusuk mendengar taklimat Ustaz Rosmin tentang Syarat Sah penyembelihan




 Pada tahun lepas Panitia Agama Islam telah mengadakan satu aktiviti yang begitu penting untuk difahami dan dipraktikkan bersama iaitu Penyembelihan Mengikut Hukum Syarak. Praktikal  Penyembelihan telah dimulakan oleh Ucapan Puan Pengetua Pn Rosliyah Samiun. Acara  diteruskan dengan penerangan tentang syarat-syarat penyembelihan oleh Ustaz Rosmin Satari. Selepas murid ditaklimatkan, praktikal penyembelihan pun bermula. Setiap kelas  perlu menyembelih seekor ayam. Proses penyembelihan diteruskan dengan kerja-kerja pembersihan sehinggalah proses memasak. Semua murid diajar cara melakukan pembersihan bulu ayam, melapah kulit ayam, memotong ayam sehinggalah proses mencuci. Guru-guru perempuan pula ditugaskan untuk memasak. Resepi sup ayam yang dihidangkan hasil air tangan semua guru perempuan SUBEST pada hari itu sangat enak . Pastinya aktiviti praktikal sebegini memberi pengalaman baru buat kami. 
Para Guru Wanita Membantu Dalam Penyediaan Makanan

Puan Aisyarena turut menunjukkan skill memasak. Turut membantu Puan Raziana dan Puan Zaiton

Ini adalah ilmu berguna buat murid-murid SUBEST iaitu teknik membersihkan bulu ayam

Pengetua Puan Rosliyah turut tersenyum dan turun padang.

Puan Farah, Puan Hafizatul dan Puan Raja tidak mahu ketinggalan merakamkan detik indah.

Murid Melakukan Praktikal
Murid diajar cara memegang ayam dengan betul

Friday, May 13, 2016

AL-'ABQARI SERBA SEDERHANA

Al-'Abqari merupakan surau yang serba sederhana. Namun kerana kesederhanaannyalah surau ini begitu istimewa dihati warga SUBEST. 

Bahan Bantu Mengajar, Al -  Quran dan rak-rak sejadah disusun kemas di  ruang belakang 

Rehal Mengaji

Ruang Solat Hadapan

Meja Guru

Ruang Pemisah Antara Bahagian Lelaki dan Perempuan

DI SEBALIK PEMBINAAN REPLIKA KAABAH

Pembinaan  replika Kaabah merupakan manifestasi baru kepada perubahan pembelajaran di luar bilik darjah. Kemahiran dan kepakaran para guru dicabar sewaktu pembinaan replika ini.  Pecah tanah telah dilakukan pada hari Khamis 28 April 2016. Pembinaan ini telah diketuai oleh Pengetua, Pn Rosliyah Samiun, PK HEM En Bahari Bin Said dan beberapa orang guru yang lain. Guru -guru tersebut ialah Ustaz Rosmin, En. Zamri, Ustaz Hazlan ,Ustaz Shazlim, Cikgu Alex dan ustazah-ustazah.

Kerja pertama meletakkan batu asas 

En Bahari PK HEM mengikat batu dengan simen sebagai tanda permulaan kerja pembinaan.

Paling Istimewa Puan Rosliyah Samiun Pengetua turut turun padang bagi mengikat batu dengan simen sebagai tanda bermulanya kerja-kerja pembinaan Replika Kaabah

Pembinaan diteruskan. oleh Ustaz Hazlan dan Ustaz Rosmin bersama murid-murid 

Kenangan dirakamkan