Saturday, May 14, 2016

VANDALISME

Vandalisme merupakan perbuatan yang merosakkan segala harta benda awam. Pada tahun ini, guru-guru telah mengadakan satu gotong royong bagi membanteras perbuatan vandalisme menconteng rehal mengaji Surau Al Abqari. Meluahkan perasaan dengan menconteng dan merosakkan rehal adalah satu perbuatan yang salah. Semoga rakan SUBEST akan lebih prihatin dan mengambil ikhtibar daripada paparan ini. Jangan mudah terjebak dengan vandalisme. 

SAYANGI HARTA BENDA KITA


Cikgu Rozaidi sudah hampir keletihan namun masih tersenyum

Turut menyumbangkan tenaga ialah Cikgu Hafiz

Ustaz Rsomin, Ustaz Hazlan dan Cikgu Zamri antara yang membantu mengecat 

Ustazah Suaibah menyapu sampah di surau. Ha...siapa yang buat sampah tu?

Cikgu Alex walaupun berlainan agama, namun tetap memberi sumbangan tenaga. Terbaiklah cikgu!!

Cikgu Fatin menggunakan kertas pasir untuk membersihkan dan melicinkan permukaan rehal.

Ustaz Rosmin mengecat rehal dengan warna hitam supaya mengelakkan murid untuk membuat vandalisme lagi.


Jadi ingatlah kawan-kawan, jangan mudah menconteng rehal atau meja atau apa saja dengan mudah. Hargai orang lain  yang akan  menggunakan kemudahan yang sama. Kita satu sekolah. mesti hormat menghormati.





PRAKTIKAL PENYEMBELIHAN

Ustaz Hazlan menunjukkan cara menentukan urat yang perlu dipotong kepada murid
Murid Perempuan SUBEST kyusuk mendengar taklimat Ustaz Rosmin tentang Syarat Sah penyembelihan




 Pada tahun lepas Panitia Agama Islam telah mengadakan satu aktiviti yang begitu penting untuk difahami dan dipraktikkan bersama iaitu Penyembelihan Mengikut Hukum Syarak. Praktikal  Penyembelihan telah dimulakan oleh Ucapan Puan Pengetua Pn Rosliyah Samiun. Acara  diteruskan dengan penerangan tentang syarat-syarat penyembelihan oleh Ustaz Rosmin Satari. Selepas murid ditaklimatkan, praktikal penyembelihan pun bermula. Setiap kelas  perlu menyembelih seekor ayam. Proses penyembelihan diteruskan dengan kerja-kerja pembersihan sehinggalah proses memasak. Semua murid diajar cara melakukan pembersihan bulu ayam, melapah kulit ayam, memotong ayam sehinggalah proses mencuci. Guru-guru perempuan pula ditugaskan untuk memasak. Resepi sup ayam yang dihidangkan hasil air tangan semua guru perempuan SUBEST pada hari itu sangat enak . Pastinya aktiviti praktikal sebegini memberi pengalaman baru buat kami. 
Para Guru Wanita Membantu Dalam Penyediaan Makanan

Puan Aisyarena turut menunjukkan skill memasak. Turut membantu Puan Raziana dan Puan Zaiton

Ini adalah ilmu berguna buat murid-murid SUBEST iaitu teknik membersihkan bulu ayam

Pengetua Puan Rosliyah turut tersenyum dan turun padang.

Puan Farah, Puan Hafizatul dan Puan Raja tidak mahu ketinggalan merakamkan detik indah.

Murid Melakukan Praktikal
Murid diajar cara memegang ayam dengan betul

Friday, May 13, 2016

AL-'ABQARI SERBA SEDERHANA

Al-'Abqari merupakan surau yang serba sederhana. Namun kerana kesederhanaannyalah surau ini begitu istimewa dihati warga SUBEST. 

Bahan Bantu Mengajar, Al -  Quran dan rak-rak sejadah disusun kemas di  ruang belakang 

Rehal Mengaji

Ruang Solat Hadapan

Meja Guru

Ruang Pemisah Antara Bahagian Lelaki dan Perempuan

DI SEBALIK PEMBINAAN REPLIKA KAABAH

Pembinaan  replika Kaabah merupakan manifestasi baru kepada perubahan pembelajaran di luar bilik darjah. Kemahiran dan kepakaran para guru dicabar sewaktu pembinaan replika ini.  Pecah tanah telah dilakukan pada hari Khamis 28 April 2016. Pembinaan ini telah diketuai oleh Pengetua, Pn Rosliyah Samiun, PK HEM En Bahari Bin Said dan beberapa orang guru yang lain. Guru -guru tersebut ialah Ustaz Rosmin, En. Zamri, Ustaz Hazlan ,Ustaz Shazlim, Cikgu Alex dan ustazah-ustazah.

Kerja pertama meletakkan batu asas 

En Bahari PK HEM mengikat batu dengan simen sebagai tanda permulaan kerja pembinaan.

Paling Istimewa Puan Rosliyah Samiun Pengetua turut turun padang bagi mengikat batu dengan simen sebagai tanda bermulanya kerja-kerja pembinaan Replika Kaabah

Pembinaan diteruskan. oleh Ustaz Hazlan dan Ustaz Rosmin bersama murid-murid 

Kenangan dirakamkan








TARIKAN UTAMA

Antara Tarikan Utama Yang Terdapat di Surau Al-Abqari 

REPLIKA   KAABAH





Replika Kaabah Dari Pandangan Hadapan
Replika Kaabah Surau Al-'Abqari SMK Subang Bestari


                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
Baru-baru ini sebuah Replika Kaabah telah dibina oleh para guru serta sekumpulan murid daripada SMK Subang Bestari. Replika Kaabah ini merupakan inspirasi utama bagi semua warga SUBEST. 


Tahniah Kepada Semua 

IMARAHKAN SURAU KITA

Perkataan "Imarah" disegi bahasa membawa erti memakmurkan atau membangunkan. Maksudnya menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatanyang berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan.

Antara aktiviti mengimarahkan surau Al-Abqari di SMK Subang Bestari
Zikir Selepas Solat Merupakan Antara Amalan Sunnah Yang Tidak Dilupakan

Murid-Murid Sesi Petang Kusyuk Menunaikan Solat Berjemaah

Pengawas dan Squad Musolla Akan Bertugas Mengawal Saf dan Disiplin Murid



Jemaah Perempuan

Thursday, May 12, 2016

SURAU AL-'ABQARI 1st BLOG







SURAU AL-'ABQARI 1st BLOG

Surau Al-Abqari adalah surau Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari . Surau ini terletak di tingkat bawah blok akademik . Surau ini telah diberi nama Al-'Abqari pada tahun 2013 . Surau ini adalah dibawah seliaan panitia Pendidikan Agama Islam SMK Subang Bestari . Surau ini telah diimarahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Tadarus Al-Quran , Ceramah Harian , Solat Berjemaah , Latihan Nasyid dan lain-lain . Dengan wujudnya surau ini pelbagai aktiviti agama Islam telah dapat diadakan. 


Hubungi Kami:

Panitia Agama Islam
SMK Subang Bestari
Jalan U5/63 Seksyen U5,
40150 Shah Alam
Selangor
Tel;+037843016 Fax:+0378430594